بسم الله الرحمن الرحيم Pictures, Images and Photos

Thursday, November 17, 2011

Ya Allah.
Bimbinglah aku dari bisikan syaitan yang sentiasa
mahu merosakkan diriku sendiri.
Bimbinglah aku dari hasutan yang memusnahkan segala
amal baikku selama ini.
Bimbinglah aku dari hasutan yang mahu memecahbelahkan kami.
Lindungilah aku dari bisikan yang mahu menghancurkan diriku ini.
Lindungilah aku dan rakan2ku dari bisikan yang mahu
menghancurkan silaturrahim ini.
Lindungilah aku dan sahabat2ku dari perpecahan dan
buruk sangka di kalangan kami.

Nikmatmu terlalu besar tetapi terlalu sedikit syukurku.
Kurniaanmu terlalu banyak tetapi terlalu banyak pula keluhanku.
AnugerahMu tak terkira tetapi terlalu sedikit amalanku.
PemberianMu tak terhitung, tetapi terlalu banyak resahku.
Semakin banyak yang Engkau berikan, semakin banyak pula dosa2ku.
Semakin banyak yang Engkau kurniakan,
semakin banyak pula kejahatanku.
Semakin besar yang Engkau berikan, semakin
banyak pula kekufuranku atas nikmat2Mu.

Jadilah aku orang yang sentiasa melihat keburukan diriku sendiri.
Jadilah aku orang yang sentiasa muhasabah diriku sendiri.
Jadilah aku orang yang sentiasa menilai diriku sendiri.
Jadilah aku orang yang sentiasa merasa malu dengan diriku sendiri.
Jadilah aku orang yang bersyukur atas segala nikmat2Mu.
Jadilah aku orang yang sentiasa hampir dan dekat denganMu.
Jadilah aku orang yang merasa manis apabila beribadah kepadaMu.

Ampunkanlah dosa2 ku yang tidak terkira banyaknya.
Ampunkanlah segala kelalaianku.
Bukalan ruang dan lorong keampunan untukku.
Naungilah aku dengan rahmat kasih sayang dalam kebahagiaan.
Tinggikan ilmuku dalam kemuliaan.
Tingkatkan darjatku dalam keimanan.
Murahkanlah rezekiku dalam keberkatan.

No comments:

Post a Comment