Adakah seorang gadis yang pernah membuat zina, tetapi telah bertaubat dengan sesungguhnya (taubat nasuha) akan mendapat jodoh penzina juga? Sedangkan dia benar-benar telah bertaubat dan berusaha menjadi wanita solehah.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, jika
seseorang sudah bertaubat dengan sebenar-benarnya (taubat nasuha),
nescaya bukti nyata dan jelas akan hasil taubatnya yang tulen adalah
dengan perubahan seluruh gaya hidupnya yang berkaitan hubungan lelaki
dan wanita.
Jika seseorang mendakwa atau merasa diri sudah bertaubat, namun gaya hidup lamanya seperti :
- Rutin hubungan kawan dan rakan dengan lelaki masih aktif.
- Masih keluar makan, berjalan berdua-duaan dengan lelaki samada urusan kerja atau peribadi.
- Masih ber’boyfriend’ aktif dengan dating dan chatting intim di malam hari, cuma kononnya kali kini dengan seorang ‘ustaz’ atau seseorang yang ‘jaga solat lima waktu’.
Maka, peluang untuk mendapat suami penzina akan terbuka luas seperti dahulu.
Taubatnya mestilah dengan perubahan
ketara dalam semua gaya hidup dan cara hubungannya dengan lelaki. Cara
pakaiannya juga sepatutnya berubah, mungkin dari membuka aurat kepada
tutup, dari tutup separa kepada tutup penuh, dari tudung glamour munafiq
(hakikatnya membuka aurat) kepada tudung muslimah sejati. Hanya dengan
demikian, mata-mata lelaki soleh akan mula melihat dan masuk menghantar
wakil kepada ibu bapanya.
Mata Lelaki Soleh
Mata lelaki soleh tidak ingin melihat
kepada wanita yang bercampur baur dengan teman lelaki sekerja, ‘bertepuk
bertampar’, bergurau senda, berdating sana sini dan berdua-duaan.
Kecuali mata lelaki ‘soleh’ luarannya (penampilan fizikalnya) namun
‘tidak soleh’ dalamannya, mereka yang seperti ini akan terus berminat
kepada mana-mana jenis wanita.
Lelaki Zina Untuk Perempuan Zina?
Allah s.w.t berfirman: “Lelaki-lelaki
yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau
wanita musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki
kecuali yang berzina atau musyrik.” (Surah An-Nur : 3)
Dalam ayat lain firman Allah s.w.t:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan
lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan
wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.” (Surah
An-Nur : 26)
Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza
pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat
di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan
kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.
Walaubagaimanapun, menurut pandangan
yang terkuat; hukum ayat di atas telah di ‘nasakh’ kan dengan ayat yang
mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh
berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan
majoriti ulama. (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar
al-Kutub al-Ilmiah)
Perlu diingat juga, terdapat sesetengah
keadaan Allah s.w.t memberikan jodoh lelaki atau wanita ‘jahat’ kepada
individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat
di atas.
Hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Amat
besar kemungkinan yang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh dan
musleh (membantu menjadikan seseorang itu menjadi soleh) apabila
mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, hingga
beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah manakala
pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah.
Tatkala itu, pasangan individu kurang
baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu
yang terpilih menjadi lebih baik dengannya. Namun boleh berlaku juga
sebaliknya, yang jahat bertambah ultranya, yang baik merudum jatuh.
Nauzubillahi min zalik (semoga kita dijauhkan daripadanya).
# Ya Allah..berikanlah aku petunjuk jalan yang lurus agar aku x terpesong dari landasan agama Mu....
# Ya Allah..berikanlah aku petunjuk jalan yang lurus agar aku x terpesong dari landasan agama Mu....
No comments:
Post a Comment