بسم الله الرحمن الرحيم Pictures, Images and Photos

Friday, December 30, 2011

FiNaL ExAm ArOuNd tHe cOrNeR

Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!
LANGKAH 1
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
wa..wa..aaa
LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan…
LANGKAH 11
pusingkan kepala…
LANGKAH 12
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…
————–
Sekian….SELAMAT MENCUBA>>>

Final exam dah semakin hampir,hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi,begitu cepat masa berlalu.Buat sahabiah ana yang akan menempuh final exam tidak kiralah di mana berada,ana doakan kesudahan yang terbaik buat kamu semua.

Pejam celik,hari ini adalah hari yang terakhir dalam tahun 2011.Esok dah masuk tahun baru,2012,umur ana pun nanti pada bulan Julai akan menginjak ke 20 tahun..

Sunday, December 18, 2011

Mentioned for myself


:♥: buat sahabatku yang sudah berpunya :♥:

NOTHING WRONG WITH THE LOVE


>> Don't be afraid to have couple.... <<


I looking for a wife,
Not a girlfriend....

I looking for a marriage,
Not a couple....

Couple in today perspective
Treat your girl like your wife ?
Treat your boy like your husband ?

Are you sure he/she is the right person,
Allah already arrange for you ?
Written in Luh Mahfuz....

While other with their couple,
While other continuously looking for their own couple,
While they confidently said to you,

"Trust us, we really were looking after each other...."

Emm...

Is that a looking,
with a tendency to hooking each other ???
I'm afraid so...

So.....

Continue this path,
I'm looking for a my own couple....

With known with two names,
> A couple of marriage
> A couple after marriage

Don't be afraid,

With Allah by your side,
With a bless from both parent,
Where there is nothing to worry about,
Share and show your love,

Only for,
The person which is known,
my husband or wife....

Saturday, December 17, 2011

Program ' Secret Of MaTh'

            Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, alhamdulillah masih lagi dapat merasai nikmat sihat yang diberikan oleh Allah.. Terima kasih diucapkan kepada En.Halim (pensyarah linear algebra)  kerana beliau telah  menawarkan peluang yang boleh dikatakan amat lumayan..Lumayan dari segi apakah??? Jika sesiapa yang sertai program ini akan diberi markah bonus,alhamdulillah berbunga rasa hati ana apabila diberitahu statement sebegini.Student mana yang tidak gembira sejurus diberitahu akan mendapat markah bonus,betul x??? Markah bonus ini penting dari segi untuk menaikkan markah yang kurang kepada lebih tinggi lagi,tambah2 lagi kalau markah assignment yang kurang memuaskan hati kita. Begitulah senario pelajar,bergelar pelajar yang mempunyai banyak tanggungjawab daripada 'pelajar' sebelum ini.

          Program 'Secret of Math' ini dihandle oleh student2 AT48 n AT14 Semester 8 yang akan bergraduat tidak lama lagi. Sebelum slot 1 bermula,kami didedahkan tentang sejarah Matematik antaranya,fitrah alam,fenomena 111,dan banyak lagi.Banyak ilmu2 yang ana perolehi daripada program ini, Allah Maha Besar,kuasa Allah mengatasi segala-galanya.Begitu sempurna ciptaan Allah...tiada yang lebih sempurna daripada ciptaan-Nya.Slot seterusnya amat menarik kerana tidak lain dan tidak bukan moderatornya En.Halim,i'm so proud with him.. Apabila diberitahu tentang latar belakang En.Halim,ana boleh dikatakan teruja mendengarnya, lantas ada satu suara dalam hati ini yang membuatkan ana tiba-tiba bersemangat.I wanna to be a lecturer like him,wajarlah semua orang menyimpan impian dan cita-cita yang tinggi. Berpegang kepada prinsip hidup 'Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah' ana akan terus melangkah walaupun ana banyak kali tersungkur. Sekali kita gagal bukan selama-lamanya kita kan gagal..Doa,Usaha,Ikhtiar, n Tawakkal (D.U.I.T), insyaAllah kejayaan jadi milik kita.


Thursday, December 15, 2011

MuHaSaBaH DiRi (^.^)

“Awak ambik kos pendidikan Islam...”

“tak…”

“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”

“Tak juga, saya program sains la…”

“saya ingatkan ustazah tadi…”

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz..
ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...

Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…
Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”

“Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…

Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah.
sekian..................... ;D

*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...

*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT...
Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.
# Hayatilah dan renungkanlah..semoga mendapat manfaat..perkongsian kita bersama..updated daripada seseorang (bukan kisah ana)..

Wednesday, December 14, 2011

    Assalamualaikum wbt.. alhamdulillah masih diberi peluang lagi oleh Allah untuk bertaubatnya kepada-Nya dengan nikmat yang kadang-kadang ana alpa untuk mensyukuri pemberian daripadaNya
,astaghfirullah..Alhamdulillah juga ana dapat lagi menulis pada blog ini, nikmat yang Allah berikan bukan semata-mata digunakan untuk hal-hal duniawi sehinggakan yang ukhrawi dilupakan.Kalau dihitung, ana banyak menggunakan nikmat tersebut untuk bersuka-suka dengan kehidupan dunia yang bersifat sementara.. Keinsafan itu ada,tetapi hati ana sering berbolak balik seperti perahu yang dipukul ombak di lautan. Sering kali ana tewas dalam melawan nafsu, Allah ada bersama,'Kuatkan hati hamba ya Allah dalam menempuh dugaan di tempat yang sementara ini',ampuni dosa2 hamba'.. Ana juga manusia biasa yang seringkali melakukan kesilapan, ana sering mengadu kepada makhluk-Nya berbanding dengan Dia.. ITULAH ANA...

    Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, masih lagi diberikan peluang untuk ana. Ana bersyukur, ana punya sahabiah-sahabiah yang selalu mengingatkan ana kepada Alah,ana lemah,ana perlukan insan-insan seperti sekarang yang dapat mengingatkan ana ketika ana alpa. Apa yang ana mampu, ana akan cuba,cuba untuk berHIJRAH untuk menjadi lebih baik lagi. Alhamdulillah disini banyak program- program agama yang membantu diri ana untuk berHIJRAH menjadi lebih baik lagi,insyaAllah. Teringat kembali kumpulan  usrah ketika berada di matrikulasi,Muslim Integrated Group (MIG), group usrah pertama kali ana join..Kak Ika n Syifa' lah naqibah

KERANA SEBIJI EPAL

Pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang amat soleh dan warak. Dia juga terkenal sebagai seorang yang sangat jujur dalam percakapan mahupun perbuatannya. Dia tinggal di sebuah kota kecil di negeri Parsi. Abu Salih adalah seorang pemuda Islam yang kuat beribadat, ilmu pengetahuannya amat luas dia tidak tertarik langsung kepada kesenangan dunia. Setiap hari dia suka duduk di tepi sungai sambil memikirkan kebesaran Allah S.W.T.

Pada suatu hari ketika Abu Salih sedang duduk di tepi sebuah sungai, tiba-tiba dia ternampak sebiji buah epal sedang dihanyutkan air. Ketika itu Abu Salih belum lagi makan apa-apa sebagai alas perutnya. Sebaik sahaja dia ternampak epal itu perutnya terasa lapar, lantas dia pun mengambil buah epal itu dan memakannya. Tiba-tiba dia tersedar akan kesalahannya. Buah epal itu adalah dari pokok kepunyaan orang.

Oleh kerana Abu Salih seorang yang sangat beragama, dia berasa tidak senang hati kerana telah memakan buah yang bukan haknya. Dengan tidak membuang masa dia terus mencari tuan punya buah epal yang dimakannya itu. Dia benar-benar ingin meminta maaf di atas keterlanjurannya. Dia ingin memohon di halalkan buah epal yang dimakannya itu.

Setelah sekian lama dia mudik mengikut sungai itu, akhirnya dia ternampak dahan pokok epal tersebut berjuntai ke dalam sungai. Setelah dilihatnya pokok epal itu, maka dia yakin bahawa epal yang dimakannya adalah dari salah satu pokok epal yang terjuntai itu. Kerana rasa takut di atas kemurkaan Allah serta tuan punya pokok epal, lantas dia terus berjalan mencari tuan punya pokok epal itu. Tidak lama kemudian Abu Salih pun tiba di sebuah rumah yang sederhana besarnya. Abu Salih mengesyaki rumah itu adalah kepunyaan tuan punya pokok epal tersebut. Rumah itu sebenarnya kepunyaan seorang wali Allah yang terkenal bernama Abdullah Sawmai.

Setelah memberi salam dan masuk ke rumah orang itu, Abu Salih meminta maaf di atas kesalahan yang telah dilakukannya. Abdullah Sawmai bersedia memaafkannya tetapi dengan syarat Abu Salih mesti tinggal bersamanya selama 12 tahun. Wali itu sengaja menguji sejauh manakah ketakwaannya. Di dalam hati wali itu berkata, “Baik sungguh orang muda ini, hinggakan termakan buah epal pun dia berasa perlu meminta maaf kepadaku.”

Abu Salih yang lurus itu bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh Abdullah Sawmai. Sejak dari hari itu tinggallah dia dia bersama wali tersebut. Semasa dia berada di situ, dia telah membantu membuat pelbagai kerja rumah dan taat pada setiap kerja yang diberikan kepadanya. Setelah genap 12 tahun dia tinggal di situ, dia pergi berjumpa semula dengan wali itu untuk meminta maaf sekali lagi kerana hendak pulang ke kampung halamannya.


Sebaik sahaja selepas dia meminta maaf, Abdullah Sawmai pun berkata kepadanya, “Aku bersedia memaafkan engkau dengan syarat engkau mesti kahwin dengan anakku yang buta, pekak dan juga cacat”. “Kenapa bergitu berat sekali hukuman yang diberikan kepadaku, sedangkan aku hanya memakan sebiji epal”, bisik hati Abu Salih. Dia terfikir juga itu mungkin satu cubaan terhadap dirinya oleh Allah S.W.T. Mungkin ada hikmah disebalik denda tersebut. Akhirnya dengan rela hati Abu Salih menerima syarat Abdullah Sawmai itu.

Setelah mereka dinikahkan, Abu Salih amat terkejut apabila didapatinya isterinya tidak buta, tidak pekak dan tidak cacat seperti yang dikatakan oleh bapa mertuanya. Sebaliknya isterinya adalah seorang gadis yang amat cantik yang tidak pernah di temuinya sebelum ini sepanjang hidupnya. Di dalam hatinya dia berkata, “Mungkin ini adalah balasan Allah terhadapku kerana menahan sabar. Tetapi kenapa pula ayah mertuaku tidak berkata yang sebenarnya kepadaku dahulu”.

Pada suatu hari ketika ayah mertuanya sedang duduk di pintu, Abu Salih pun datang menghampirinya seraya bertanya, “Wahai ayahku, kenapakah ayah berkata bahawa anak ayah itu buta, pekak dan cacat?” Maka Abdullah Sawmai pun menjawab, “Aku katakan Fatimah isterimu itu buta sebab dia belum pernah melihat orang lain selain dari ayahnya. Aku katakan dia pekak kerana dia dia belum pernah mendengar sebarang kata nista dan aku katakan dia cacat kerana dia tidak pernah membuat dosa”.

Semenjak dari hari itu Abu Salih hidup berbahagia bersama isterinya yang bernama Ummu Khair Fatimah.

Sumber: Himpunan kisah-kisah teladan

Sunday, December 11, 2011

SUDUT PERKONGSIANKU : DALAM USAHA MENCINTAI ALLAH

Kedudukan wanita yang Solehah tidaklah dapat dicapai dengan hanya menonton drama filem cinta Korea atau membaca novel-novel cinta atau menyertai mana-mana jemaah atau kumpulan lalu memakai pakaian jubah dan bertudung labuh sahaja.

Kita tahu betapa ramai wanita bertudung labuh dan berjubah sering menghancurkan hati lelaki-lelaki yang beriman dan mengecewakan para pejuang Islam dan kita juga tahu wanita yang mengambil jurusan agama pun seringkali mungkir janji dan berlaku khianat.

Seperti lelaki, kita juga mengetahui lebai dan kopiah boleh dipakai dan ditanggal sekaligus juga janggut boleh tumbuh dan dicukur lalu menjelaskan bahawa penampilan luaran selalu tidak dapat dijadikan sebagai kayu ukuran kesolahan dan kebaikan..

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :
“Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging Jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.”
(Hadith sahih riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Islam Memberi Jalan Penyelesaian

" Mudah-mudahan tuhan-Nya, jika nabi menceraikan kamu bahawa tuhan pasti akan mengantikan kamu dengan isteri-isteri yang lain yang lebih baik dari diri kamu iaitu perempuan-perempuan muslimat, mukminat yang taat dan bertaubat serta beribadah yang berpuasa baik janda atau perawan"

(At-Tahrim : 5).

Allah menyebut beberapa ciri perempuan yang solehah iaitu :

1) Perempuan muslimat yang beragama Islam dan menyerah diri kepada Allah dan rasul
2) Perempuan mukminah yang beriman dan yakin kepada Allah dan janji-janji- Nya
3) Muslimah yang taat kepada Allah dan rasul serta kepada suami
4) Muslimah yang seringkali bertaubat di atas dosa-dosa dan kesalahan dan kejahilannya
5) Muslimah yang rajin menunaikan ibadah dan berpuasa kerana dengan puasa itu dapat mengawal hawa nafsu dan kelakuan.

“ Sesungguhnya Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak.”

(Surah Al-Baqarah : 269).

Islam mengajar untuk mengetahui kebaikan agama seseorang ialah melalui amalan kebaikan yang dilakukan dan kesungguhan seseorang pada agama dan hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui kehidupan yang dilaluinya.

Seorang Saleswomen (penjual perempuan) yang bekerja di supermarket sekalipun kerjanya tidak bagus apabila terpaksa bercampur dengan lelaki dan menjebakkan dirinya kepada sosial dan mempromosikan barangan sehingga mendedahkan dirinya kepada pandangan buruk dan fitnah tetapi adakalanya mereka ini memiliki hati yang mulia dan suci.

“Dan hamba perempuan yang mukminah itu lebih utama dan baik bagi kamu dari perempuan musyrik yang kafir walau dianya menarik perhatian kamu” ( Al-baqarah : 221).

Mengasihi orang tua, orang susah, tidak suka bahkan benci menyakiti hati manusia lainnya apatah lagi menghancurkan hati seorang lelaki yang beriman dan sanggup bekorban menghancurkan dirinya sendiri (memiliki sifat ihsan) demi kebaikan orang lain menyebabkan tanpa tangguh golongan sepeprti ini mendapat rahmat Allah dan akhirnya dibimbing kepada hidayah dan pertunjuk dan hidupnya diberkati di langit sekalipun di bumi dia berasa hina dan tiada maruah.

Malaysia, dipenuhi wanita-wanita yang tidak bertudung , tidak menutup aurat , jahil agama dan tiada kesedaran untuk melaksanakan Islam tetapi dalam kerosakan itu ada di celah-celahan kaca yang melukakan hati anak-anak adam dan ada sejumlah wanita suci yang bersih hatinya tetapi diuji oleh Allah dengan berada di lingkungan kekotoran.

Mereka membesar tanpa ilmu agama, tanpa hidayah pertunjuk lalu hidup sosial dan bebas sehingga merosakan diri mereka tetapi punyai hati yang bersih dan suci. Alangkah bagusnya jika lelaki-lelaki muslim mendapatkan wanita-wanita ini dan diberi bimbing serta dipandu mereka sehingga mendapat hidayah dari Allah swt.

Akhir kata, tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Siapakah kita sebenarnya?

**by: Jannati Baiti ....perkongsian bersama.... (^.^)

DOSA YANG TIDAK TERAMPUN






DOSA TIDAK DIAMPUN: Banyak dosa besar yang tidak diampun oleh Allah selain daripada Syirik kepada Allah s.w.t. Akan tetapi yang berhak mengampuninya ialah manusia sendiri. Dosa-dosa ini ialah dosa-dosa yang berkaitan dan bersabit dengan manusia sesama manusia. Dosa-dosa ini tidak akan diampun oleh Allah s.w.t. walaupun dengan Taubat Nasuha, Haji yang Mabrur atau puasa yang sempurna. Antara dosa-dosa tersebut ialah;

1. Mengumpat atau Membuat Gosip

2. Memfitnah

3. Memakan harta Anak Yatim

4. Mencuri

5. Berzina dengan isteri jiran atau orang lain

6. Menyakiti hati orang lain

7. Derhaka kepada kedua ibubapa

8. Membunuh jiwa orang Islam tanpa hak

9. Mengadu Domba

10. Merompak harta orang

11. Khianati amanah

12. Menuduh perempuan baik berzina

13. Menyakiti hati jiran tetangga

14. Dengki dan khianat

15. Sihir atau melakukan santau kepada orang lain

16. Menipu harta orang lain

17. Isteri yang derhaka

18. Suami yang tidak menunaikan hak isteri dan anak-anak

19. Melanggar janji

20. Mengambil hak orang lain

21. Merogol

22. Tidak membayar hutang

23. Menyebabkan kerugian nyawa, anggota atau harta orang lain


Cara Menebus Dosa

Semua dosa-dosa di atas apabila bertaubat hendaklah disertai dengan :

1. Kemaafan orang yang terlibat atau

2. Membayar balik apa yang diambil tanpa keizinan atau

3. Menebus balik setiap kesalahan dengan hukuman Qisas atau balas balik.

4. Jika sudah tidak ditemui orang yang berkenaan atau takut membahayakan nyawa jika berdepan dengan mereka, boleh ditebus kesalahan kepada seseorang dengan bersedekah di atas nama mereka yang terlibat dengan kadar yang sepadan yang ditetapkan oleh pihak Qadhi atau Hakim.

5. Berkhidmat atau menanggung bebanan keluarga orang yang berkenaan selama kadar yang sepadan dengannya, sebagaimana yang disepakati oleh keluarga mereka atau diputuskan oleh Qadhi atau hakim.

6. Menghadiahkan pahala zikir, haji, umrah dan seumpamanya kepada orang yang berkenaan.

7. Memohon kepada Allah dengan sepenuh keikhlasan, mudah-mudahan Allah s.w.t. menerima taubat seseorang dengan takdirnya maka akan terlepaslah segala bebanan dosa.

“ Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah Taubatnya."
( An-Nisa : 17)
#Boleh bagi pendapat x????

RESULT SKALA KEMAHIRAN INSANIAH

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

LAPORAN PENILAIAN My3S

Nama: EKA DIANA BINTI MASNUR
Bidang: Pendidikan
Fakulti: SAINS DAN MATEMATIK
Tahun Pengajian: Tahun 1
graph

Mencapai Tahap

Tidak Mencapai Tahap
Nota Petunjuk
NOTA : Terdapat ruang untuk penambahbaikan bagi elemen berikut:
  • KEMAHIRAN KOMUNIKASI
CS - KEMAHIRAN KOMUNIKASI
KBM - KOMUNIKASI BAHASA MELAYU
KBI - KOMUNIKASI BAHASA INGGERIS
CTPS - PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH
TS - KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN
EM - MORAL DAN ETIKA PROFESSIONAL
LS - KEMAHIRAN KEPIMPINAN
LL - PEMBELAJARAN BERTERUSAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
KK - KEMAHIRAN
 KEUSAHAWANAN


(^.^) Inilah result kemahiran insaniah hamba Allah ini..ada yang hentam,ada yang tak.. insyaAllah, dapat diperbaiki lagi  

Saturday, December 10, 2011

TUTUP ITU CANTIK

✿◠‿◠Ukhti, dirimu cantik sekali.... ✿◠‿◠

~✿Tapi tahukah kamu ukhti?????

~✿Penampilanmu dengan AURAT yang terbuka itu membuat para ikhwan harus cepat-cepat menundukkan pandangan mereka sambil mengucapkan ISTIGHFHAR!!!
~✿Bukan mereka pura-pura alim dan tidak menyukai keindahan yang ada padamu....
~✿Tapi mereka takut dengan keindahan yang belum diperuntukkan-Nya buat mereka....
~✿Bantulah mereka dan dirimu ya ukhti...
~✿Tutuplah auratmu, kerana itu akan membuat mereka lebih menghormatimu sebagai seorang wanita....
~✿Dan tutuplah auratmu seperti firman Allah S.W.T yang ertinya:-
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami"
(Surah An-Nur 24: Ayat Ke 31)
~✿Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita....
~✿Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan Allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.
~"Sesungguhnya wanita itu fitnah dunia, oleh itu jadilah sebaik-baik perhiasan dunia dengan beriman dan brtaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa".
~Peringatan untuk diri sendiri dan semua...semoga terus istiqamah dalam mendapat keredhaanNya....
Amin Ya Robbal Alamin...^_____^
                                                                                                                                                                                            

Wednesday, December 7, 2011


~✿..LIATNYA kita untuk solat BERJEMAAH di surau..bangun pagi pun lepas azan subuh, bila bulan Ramadhan semangat betul kita bangun awal, bersahur, solat sunat tahajjud dan ibadah yang lainnya..namun kini, atas nama KESIBUKAN kita pun larut dengan raja KEMALASAN..lalu tepi surau, PANDANG SEBELAH MATA sahaja..

Usahlah PERSOALKAN bilangan si hawa yang solat di surau, mari kita kira dahulu berapa BATANG TUBUH KAUM ADAM yang sanggup BERMUJAHADAH mendisplinkan diri solat di surau? Konsisten dalam jejak-jejak menuruti PANGGILAN AZAN di surau?


Mereka ini bagai JEJAKA IDAMAN yang paling TERMAHAL di abad ini..susah ingin jumpa orang macam ini lagi, bagai TERPUPUS ditelan dek duniawi..bukan sahaja disukai ramai, malah Allah LEBIH SUKA dahulu kepada mereka..✿~

Sabda Nabi SAW :
"Solat BERSAMA ORANG LAIN lebih baik daripada solat sendirian. Solat bersama dua orang lebih baik daripada solat bersama seorang. Semakin banyak (yang solat) semakin DISUKAI Allah Azza wa Jalla."
[Sunan Abu Daud: 467, Sunan an-Nasai: 834, Musnad Ahmad: 20312, Al-Mustadrak: 3/269 dan Sahih Ibn Khuzaimah:1477]

>>> Ayuh! Mari kita JAGA SOLAT BERJEMAAH sedaya upaya..INGATLAH 5 perkara sebelum 5 perkara..di antara didikan sembahyang, menebalkan rasa KEHAMBAAN dan menajamkan RASA BERTUHAN..♥♥♥