SUDUT PERKONGSIANKU : DALAM USAHA MENCINTAI ALLAH
Kedudukan
wanita yang Solehah tidaklah dapat dicapai dengan hanya menonton drama
filem cinta Korea atau membaca novel-novel cinta atau menyertai
mana-mana jemaah atau kumpulan lalu memakai pakaian jubah dan bertudung
labuh sahaja.
Kita tahu betapa ramai wanita bertudung labuh dan
berjubah sering menghancurkan hati lelaki-lelaki yang beriman dan
mengecewakan para pejuang Islam dan kita juga tahu wanita yang mengambil
jurusan agama pun seringkali mungkir janji dan berlaku khianat.
Seperti lelaki, kita juga mengetahui lebai dan kopiah boleh dipakai dan
ditanggal sekaligus juga janggut boleh tumbuh dan dicukur lalu
menjelaskan bahawa penampilan luaran selalu tidak dapat dijadikan
sebagai kayu ukuran kesolahan dan kebaikan..
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :
“Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging Jika ianya
baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak
maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.”
(Hadith sahih riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).
Islam Memberi Jalan Penyelesaian
" Mudah-mudahan tuhan-Nya, jika nabi menceraikan kamu bahawa tuhan
pasti akan mengantikan kamu dengan isteri-isteri yang lain yang lebih
baik dari diri kamu iaitu perempuan-perempuan muslimat, mukminat yang
taat dan bertaubat serta beribadah yang berpuasa baik janda atau
perawan"
(At-Tahrim : 5).
Allah menyebut beberapa ciri perempuan yang solehah iaitu :
1) Perempuan muslimat yang beragama Islam dan menyerah diri kepada Allah dan rasul
2) Perempuan mukminah yang beriman dan yakin kepada Allah dan janji-janji- Nya
3) Muslimah yang taat kepada Allah dan rasul serta kepada suami
4) Muslimah yang seringkali bertaubat di atas dosa-dosa dan kesalahan dan kejahilannya
5) Muslimah yang rajin menunaikan ibadah dan berpuasa kerana dengan puasa itu dapat mengawal hawa nafsu dan kelakuan.
“ Sesungguhnya Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki-
Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah
mendapat kebaikan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 269).
Islam mengajar untuk mengetahui kebaikan agama seseorang ialah melalui
amalan kebaikan yang dilakukan dan kesungguhan seseorang pada agama dan
hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui kehidupan yang dilaluinya.
Seorang Saleswomen (penjual perempuan) yang bekerja di supermarket
sekalipun kerjanya tidak bagus apabila terpaksa bercampur dengan lelaki
dan menjebakkan dirinya kepada sosial dan mempromosikan barangan
sehingga mendedahkan dirinya kepada pandangan buruk dan fitnah tetapi
adakalanya mereka ini memiliki hati yang mulia dan suci.
“Dan
hamba perempuan yang mukminah itu lebih utama dan baik bagi kamu dari
perempuan musyrik yang kafir walau dianya menarik perhatian kamu” (
Al-baqarah : 221).
Mengasihi orang tua, orang susah, tidak suka
bahkan benci menyakiti hati manusia lainnya apatah lagi menghancurkan
hati seorang lelaki yang beriman dan sanggup bekorban menghancurkan
dirinya sendiri (memiliki sifat ihsan) demi kebaikan orang lain
menyebabkan tanpa tangguh golongan sepeprti ini mendapat rahmat Allah
dan akhirnya dibimbing kepada hidayah dan pertunjuk dan hidupnya
diberkati di langit sekalipun di bumi dia berasa hina dan tiada maruah.
Malaysia, dipenuhi wanita-wanita yang tidak bertudung , tidak menutup
aurat , jahil agama dan tiada kesedaran untuk melaksanakan Islam tetapi
dalam kerosakan itu ada di celah-celahan kaca yang melukakan hati
anak-anak adam dan ada sejumlah wanita suci yang bersih hatinya tetapi
diuji oleh Allah dengan berada di lingkungan kekotoran.
Mereka
membesar tanpa ilmu agama, tanpa hidayah pertunjuk lalu hidup sosial dan
bebas sehingga merosakan diri mereka tetapi punyai hati yang bersih dan
suci. Alangkah bagusnya jika lelaki-lelaki muslim mendapatkan
wanita-wanita ini dan diberi bimbing serta dipandu mereka sehingga
mendapat hidayah dari Allah swt.
Akhir kata, tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Siapakah kita sebenarnya?
**by: Jannati Baiti ....perkongsian bersama.... (^.^)
No comments:
Post a Comment