بسم الله الرحمن الرحيم Pictures, Images and Photos

Saturday, December 17, 2011

Program ' Secret Of MaTh'

            Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, alhamdulillah masih lagi dapat merasai nikmat sihat yang diberikan oleh Allah.. Terima kasih diucapkan kepada En.Halim (pensyarah linear algebra)  kerana beliau telah  menawarkan peluang yang boleh dikatakan amat lumayan..Lumayan dari segi apakah??? Jika sesiapa yang sertai program ini akan diberi markah bonus,alhamdulillah berbunga rasa hati ana apabila diberitahu statement sebegini.Student mana yang tidak gembira sejurus diberitahu akan mendapat markah bonus,betul x??? Markah bonus ini penting dari segi untuk menaikkan markah yang kurang kepada lebih tinggi lagi,tambah2 lagi kalau markah assignment yang kurang memuaskan hati kita. Begitulah senario pelajar,bergelar pelajar yang mempunyai banyak tanggungjawab daripada 'pelajar' sebelum ini.

          Program 'Secret of Math' ini dihandle oleh student2 AT48 n AT14 Semester 8 yang akan bergraduat tidak lama lagi. Sebelum slot 1 bermula,kami didedahkan tentang sejarah Matematik antaranya,fitrah alam,fenomena 111,dan banyak lagi.Banyak ilmu2 yang ana perolehi daripada program ini, Allah Maha Besar,kuasa Allah mengatasi segala-galanya.Begitu sempurna ciptaan Allah...tiada yang lebih sempurna daripada ciptaan-Nya.Slot seterusnya amat menarik kerana tidak lain dan tidak bukan moderatornya En.Halim,i'm so proud with him.. Apabila diberitahu tentang latar belakang En.Halim,ana boleh dikatakan teruja mendengarnya, lantas ada satu suara dalam hati ini yang membuatkan ana tiba-tiba bersemangat.I wanna to be a lecturer like him,wajarlah semua orang menyimpan impian dan cita-cita yang tinggi. Berpegang kepada prinsip hidup 'Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah' ana akan terus melangkah walaupun ana banyak kali tersungkur. Sekali kita gagal bukan selama-lamanya kita kan gagal..Doa,Usaha,Ikhtiar, n Tawakkal (D.U.I.T), insyaAllah kejayaan jadi milik kita.


No comments:

Post a Comment