بسم الله الرحمن الرحيم Pictures, Images and Photos

Thursday, December 27, 2012

Kerana Saya tidak CANTIK

Kerana Saya TIDAK CANTIK.

Alhamdulillah saya HARUS tetap Bersyukur,

Kerana saya tidak CANTIK saya harus LEBIH BANYAK BERSYUKUR dari pada mereka yang dikurnia Wajah CANTIK,

Kerana saya tidak Cantik, Alhamdulillah saya jadi tidak tergoda mengupload photo di akaun saya. Yang tentunya wajah Cantik akan dapat meluluhkan keimanan seorang lelaki.

Kerana tidak memajang wajah, Alhamdulillah saya dapat membantu mata lelaki agar lebih terjaga...

Kerana mata lelaki terjaga, Alhamdulillah saya dapat membantu mereka mengamalkan... (QS. An-Nur ayat 30)

Alhamdulillah, kerana saya tidak cantik, saya dapat memelihara diri saya dari pandangan nafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Alhamdulillah, kerana saya tidak CANTIK, saya jadi tidak mengharapkan pujian dari lelaki dan wanita.

Alhamdulillah, kerana saya tidak cantik, pada akhirnya saya akan menemukan insan yang ikhlas mencintai saya apa adanya.

Kerana saya tahu saya tidak cantik pada wajah dan pandangan manusia, maka saya harus belajar dan berusaha menjadi cantik pada pandangan ALLAH Subbhaanahu Wata'ala.

Kerana bukan kecantikan dunia yang menyelamatkan, tetapi kecantikan akhlak yang akan membawa kita menuju kebahagiaan akhirat.

Aamiin ya Robbal'aalamiin...

Friday, December 21, 2012

~6 Cara mengubati buruk sangka~


 
 6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:

1 - Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.

2 - Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.

3 - Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.

4 - Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.

5 - Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.

6 - Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.

Nak Jadi Solehah, JOM... !!!!!

Bila baca status.. bunyinya cm ni:
Akhowat(perempuan): "awak kalau awak laki yg x pandai jaga solat jgn harap dpt jaga anak dara org"... "awak kalau awk x pndai nk bimbng diri x pyh mimpi nk bimbing anak dara org"

ikhwah(lelaki): "awak kalau awk x reti nk pkai tudung.. sy x sudi lh wat isteri".. " perempuan yg x tutup aurat tu stok untuk pkai buang je.. aku nk pompuan yg sempurna auratnya.. sjuk mata memandang"

kesimpulannya.. kalian lengkapkanlah diri kalian dngn Ilmu islam dlm diri kalian.. kerana ALLAH berfirman. perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik....

lihatlah di sini.. jahat bagaimana seorg itu pasti inginkan seorg pasangn yg soleh dan solehah.. yg terbaik.. wahai lelaki di sini aku menyeru.. "mantapkanlah iman kita bersama. penuhkan dada dengn ilmu agama mu kerana kelak kamu pasti ingin menjadi imam yg hebat kepada permata mu yg solehah..."

wahai perempuan" jagalah maruahmu sebaik mungkin.. setia lah pd yg satu.. hilngnya harga dirimu apabila kamu mnjatuhkan pd tempat yg salah.. harga dirimu sngt mahal walau ditukar dengn seribu mutiara sekali pun...Cintailah penciptamu sebelum kamu mencintai makhluknya..."
Saidina Ali tercipta hanya untuk saidatina Fatimah.

Maka kamu (lelaki) ingin mencari org sebaik Saidatina FaTIMAH maka kamu perlulah semantap saidina ALi..
dan begitu sebaliknya
~Perkongsian daripada FB ( Aku Benci Dedah Aurat di Laman Sosial ~

“DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?”

Pertanyaan pada diri yang sentiasa ALPA@LALAI.....??

“DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?”

Sekali lagi kita tanya diri sendiri DI MANA ALLAH DALAM HATI kita? Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?

Kalau begitu, sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat padaNya?
Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut. Aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana aku.

Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah? Tidakkah kita teringat akan janji-janji Allah pada kita yang mampu bangun di tengah-tengah malam- Allah menyebut: Adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka aku ampunkan segala dosanya dan memohon sesuatu, maka aku berikan padanya.

Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati-hati ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNYa untuk meninggikan syiar agamaNYa walaupun pelbagai rintangan dan halangan.

Berapa banyak ruang dan masa yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, terus bersyukur padaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernahkah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak-anak, ibu bapa yang terlalu menyayangi kita walau saat kita tersungkur, suami atau isteri yang mengasihi kita?

Atau kita sekadar menerima nikmatNya tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah. Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara-saudari seagama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk harta benda, anak-anak, pangkat dan jawatan tapi apa
yang paling penting, DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA?

Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Allahkah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan kita ketika hendak bertemu dengan Allah pada hari pembalasan yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin pada saat ini sedangkan kita melakukan maksiat kepadaNya???
~Perkongsian daripada akak syfianes nadieya 

DOA

DIANTARA WAKTU KEADAAN DAN TEMPAT YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA

1- Malam Lailatul Qadar.

2- Pada sepertiga malam yang terakhir (antara jam 3.00 hingga 6 pagi).

3- Selepas setiap solat fardhu yang lima.

4- Masa di antara azan dan iqamah.

5- Beberapa saat di setiap malam.

6- Ketika azan untuk solat fardhu

7- Ketika hujan sedang turun

8- Ketika mempersiapkan barisan menuju medan jihad fi sabilillah

9- Beberapa saat pada hari Jumaat. Menurut pendapat yang kuat, waktu yang dimaksud adalah akhir waktu solat Asar di hari Jumaat, saat khatib berkhutbah, atau saat berlangsungnya solat Jumaat.

10- Ketika minum air zam-zam beserta niat yang baik

11- Ketika sujud dalam solat

12- Ketika terbangun di tengah malam maka berdoa menggunakan doa yang ma’tsur (berasal dari Nabi S.A.W)

13- Ketika tidur dalam keadaan suci kemudian bangun di malam hari untuk berdoa.

14- Doa di Hari Arafah

15- Doa ketika seseorang dalam keadaan nazak (hampir meningal dunia)

16- Doa sesudah pujian terhadap Allah dan selawat ke atas nabi ketika tahiyyat akhir.

17- Ketika berdoa dengan menggunakan nama Allah Yang Maha Agong

18- Doa sepanjang bulan Ramadhan

19- Ketika perhimpunan umat Islam dalam majlis ‘zikrullah’

20- Doa ketika ditimpa musibah

21- Doa dengan penuh pertautan hati dengan Allah dan penuh keikhlasan

22- Doa orang terzalim terhadap orang yang menzaliminya

23- Doa ibu dan ayah untuk anaknya

24- Doa anak yang soleh untuk kedua ibubapanya

25- Doa orang yang sedang bermusafir

26- Doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka

27- Doa orang yang berpuasa ketika sedang berbuka

28- Doa orang yang terdesak atau terpaksa (dalam kesempitan)

29- Doa pemimpin yang adil (yang melaksanakan syariah Allah dalam pemerintahannya)

30- Doa ketika berwudhu’dengan doa yang ma’tsur( berasal dari Nabi S.A.W )

31- Doa selepas melontar Jumrah as-Sughra

32- Doa ketika melontar Jumrah al-Wusta

33- Doa ketika berada di dalam ka’abah, perlu diketahui bahwa kawasan hijir Isma‘il termasuk Ka‘bah.

34- Doa ketika berada di Safa

35- Doa ketika berada di Marwah

36- Doa ketika berada di Masy’aril Haram

DIANTARA SEBAB-SEBAB DO’A TIDAK DIPERKENANKAN

Suatu ketika seorang lelaki bertanya kepada Ibrahim bin Adham seorang tokoh sufi yang terkenal, apakah yang menyebabkan doa seseorang tidak diterima oleh Allah, Ibrahim bin Adham menjelaskan;

“Antara sebab doamu tidak diterima Allah ialah;

1- Kamu menyatakan bahawa kamu beriman kepada Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya

2- Kamu mendakwa bahawa kamu mencintai Rasulullah SAW. Tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya (dalam kehidupan kamu).

3- Kamu meyakini bahawa al-Quran itu adalah benar, namun kami tidak mengamalkannya (dalam kehidupan kamu)

4- Kamu telah banyak menikmati nikmat Allah, tetapi kamu tidak mensyukurinya

5- Kamu meyakini bahawa iblis dan syaitan itu adalah musuhmu, tetapi kamu menuruti segala tunjuk ajar mereka

6- Kamu menyatakan bahawa kamu meyakini tentang wujudnya syurga, tetapi kamu tidak berusaha melaksanakan amal yang boleh membawa kamu ke sana

7- Kamu menyatakan bahawa neraka itu benar, tetapi kamu kamu tidak berusaha menjauhkan diri darinya, bahkan melakukan perbuatan yang bakal mencampakkan dirimu ke sana

8- Kamu menyatakan bahawa kematian itu adalah satu kebenaran, tetapi kamu tidak bersedia dengan amalan untuk menghadapinya

9- Kamu bangun setiap pagi dan sering memperkatakan keaiban orang lain, tertapi kamu lupakan keaiban dirimu sendiri

10- Kamu selalu menghantar jenazah ke kuburan, tetapi kamu langsung tidak mengambil iktibar daripadanya, bahawa kamu juga akan dibawa ke sana.”