~6 Cara mengubati buruk sangka~
6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:
1 - Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih
mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.
2 - Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia
daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT
berbanding dengan kita.
3 - Jika bertemu dengan orang alim,
anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu
yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.
4 - Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia
daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan
kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.
5 - Jika melihat
orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana
mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas
kesalahan yang telah mereka lakukan.
6 - Apabila bertemu dengan
orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti
mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka
segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.
No comments:
Post a Comment