بسم الله الرحمن الرحيم Pictures, Images and Photos

Sunday, May 8, 2011

APA YG PALING DEKAT DGN KITA???? MATI....

   Salam ukhwah semua..sudah terlalu lama blog ini tidak disentuh dsebabkan malas walaupun kadang2 ada masa terluang untuk aku meluangkan sedikit masa menaip untuk blog yang tidak seberapa ini.Tajuk di atas adalah simbolik kepada kita semua yang bergelar HAMBA ALLAH kerana yang paling dekat dengan kta dalam hidup ini ialah KEMATIAN.Baru2 ini moyangku telah selamat pulang ke Rahmatullah pada hari Isnin tanggal 2 Mei 2011.Walaupun aku tidak begitu rapat dengan arwah,tetapi aku sedih kehilangan arwah.Aku sedar yang semua itu hanyalah pinjaman sementara daripada Allah kerana semua kita ada sekarang adalah milik Allah.Aku turut bersyukur kerana arwah tidak menanggung kesakitan yang lama akibat daripada strok,Allah itu Maha Mengasihani.Ya Allah...aku takut amalanku tidak seberapa untuk di bawa semasa tiba hari perhitungan-Mu,adakah buku amalanku akan berat di sebelah kanan yang mana amalan kebaikan melebihi keburukan ataupun berat di sebelah kiri yang mana amalan keburukan melebihi kebaikan???Ya Allah aku sedar aku tidak layak untuk Syurga-Mu,tetapi aku tidak sanggup untuk menanggung azab neraka-Mu Ya Allah..Aki ingin mati dalam keadaan beriman kepada-Mu,tetapi apakah aku mengamalkan syariat agama-Mu sebenar2nya,AKU TAKUT..Mati itu pasti!!!!semua yang hidup akan menghadapi saat2 kematian masing2 dan saat kematian yang bagaimanakah akan kita tempuhi???Wallahu'alam,ianya bergantung kepada sejauh manakah amalan kita.Sedangkan Rasulullah SAW di saat kematian Baginda menanggung kesakitan ketika mahu di ambil nyawa Baginda,inikan pula kita manusia biasa. "UMMAT,UMMATI,UMMATI!!!"itulah kalimah yang keluar di saat kematian Baginda,terlalu kasih Baginda kepada umatnya,kita tidak mungkin akan seperti sedemikian.Ayuh kita berfikir sejenak tentang diri kita sepanjang kita bergelar hamba Allah..Moga2 kita tergolong dalam kalangan orang2 beriman..InsyaAllah.
     Ya Allah inilah kali pertama aku meriba seorang jenazah ketika sesi memandikan jenazah yang merupakan arwah moyangku..aku menurut tanpa bantahan kerana aku ingin merasai saat2 sebegitu.Pengalaman itu takkan pernah aku lupakan selagi hayat dikandung..MAUT begitu dekat dengan kita semua.Menitis air mataku di saat membantu memandikan jenazah..Fikiranku memikirkan keadaan jenazah arwah moyangku,'sakit.kesian dan macam2 lagi'.Bagaimanakah keadaan aku nanti ketika roh telah diambil???sesungguhnya aku TAKUT..sedarlah kita bahawa hidup di dunia hanyamenjadi tempat persinggahan kerana akhirat kelak yang kekal..aku juga hanya insan biasa yang sering melakukan dosa dan semua yang ku tulis adalah untuk peringatan diri juga.


#Sayang kamu semua...senyum sokmo!!!!