بسم الله الرحمن الرحيم Pictures, Images and Photos

Sunday, November 27, 2011

SaLaM MaaL HiJraH

             Salam maal hijrah kepada semua umat Islam di seluruh dunia,alhamdulillah bersyukur kita kepada Ilahi kerana dengan limpah inayah-Nya kita masih lagi dpt bersama-sama meneruskan liku-liku hidup kita sebagai hamba Allah, segala puji-pujian kepada  Allah s.w.t dan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini barulah insan ini dapat menaip sedikit dalam blog yang serba kekurangan ini,mudah-mudahan apa yg dkongsi dapat menjadi manfaat kita bersama dan yang jika ada yang tidak kena mohon diteguri. Insan ini mohon maaf jika ada melakukan khilaf sama ada disedari atau tanpa disedari. Hidup kita  sebagai hamba Allah perlu saling diiigatkan dan memperingatkan kerana kita ini sering alpa dan lalai tanpa PERINGATAN.
               

LIRIK MAAL HIJRAH 
Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi Dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah

Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta Dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman

 


SALAM sahabat sume..


Hijrah yg dituntut oleh Rasulullah SAW ialah hijrah dari DOSA kpd mencari PAHALA,
dari alam KEJAHILAN kpd alam KEILMUAN,
dari alam KEMAKSIATAN kpd alam KEMAKRUFAN,
alam KEINGKARAN kpd alam KETUNDUKAN,
alam KEPIMPINAN yg JAHIL kpd alam KEPIMPINAN yg MENDAULATKAN ISLAM...
Itulah HIJRAH yg dilakukan oleh Rasulullah... Secara total Baginda dan sahabat meninggalkan Mekah yg tidak subur buminya utk kebangkitan dakwah dan kemenangan Islam....
LAKUKAN PILIHANRAYA SETIAP HARI PADA DIRI KITA..NAK PILIH YANG MANA??????


 Copy dpd Perkongsianku `~dalam  usaha mencintai Allah


Assalamualaikum dan Salam Ma'al Hijrah.


Dikesempatan ini saya ingin menyatakan cara-cara
untuk kita MUHASABAH diri kita.Antaranya ialah:

*Biasakanlah diri melakukan kebaikan dan
kebajikan.

*Sedarilah bahawa keinginan untuk melakukan
kejahatan adalah hasutan syaitan dan dorongan
hawa nafsu.

*Selalu bersama di dalam majlis orang yang
melakukan kebaikan seperti majlis ilmu,gotong
royong dan sebagainya.

*Pupuklah kebiasaan yang baik seperti sifat
ikhlas,sabar,amanah dan seumpamanya sejak dari
kecil.

*Jangan menangguh-nangguhkan untuk
melakukan sesuatu kebaikan dan jangan pula
menangguh-nangguhkan untuk meninggalkan
sesuatu kejahatan.

*Belajar berfikir sebelum melakukan
sesuatu.Memikirkan apakah akibatnya.

*Pilihlah kawan yang baik supaya kita boleh
mencontohinya.Jangan memilih kawan yang jahat
takut hilang kebencian kita kepada maksiat.

*Carilah masyarakat yang baik untuk membina
kehidupan supaya kita sentiasa dikelilingi dengan
kebaikan.

# Sedap dan syahdu kan lagu maal hijrah ini,terimbau kembali ketika di zaman budak sekolah rendah dulu, masuk nasyid nyanyi lagu ni

Pengubat Hati Sedih

TAHUKAH KITA? Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)


Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak mau memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah karena anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak bisa menghargai orang lain.

Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah karena anda membuat hina diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah karena anda bermulut jahat pada orang lain.

Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah mau perbaiki diri.

Jangan sedih karena anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah karena anda tak mau bangkit kembali.

Jangan sedih karena perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah belajar dari pengalaman.

INGATLAH..
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar.

# Memetik kata-kata sahabat Pakar Cinta (Pakar Diari Hati)
Orang kata , semakin banyak kau beriman..
”Kau akn diuji terus bertubi-tubi..”
Orang kata , semakin banyak kau berbuat baik..
”Kau akn terus berdepan dengan masalah..”
Ini semua benar.. Menjadi org yg baik bukan senang..
Sebab itu.. ia terus ” Diuji supaya menjadi baik..”
” la yukallifullahu nafsan illa wus’aha!”

Aku Ingin Berubah Menjadi Lebih Baik

Setiap orang mempunya potensi untuk menjadi baik kerana mencintai kebenaran itu adalah fitrah manusia.
doa berubah jadi baik
“Adik-adik, siapa yang menggerakkan hati untuk kamu semua baca tentang artikel-artikel tazkirah, pergi ke web islam, mendengar nasyid, datang ke usrah dan sebagainya?”
Jawapannya adalah: “Allah S.W.T jua yang menggerakkan hati-hati kamu semua. Maka jangan disia-siakan segala petunjuk itu,” ujar seorang kakak pada sesi perkongsian.
Kita mahu menjadi baik tetapi di mana kesungguhan kita untuk menjadi baik itu?
Istiqamahkah kita pada jalan-jalan kebaikan?
Baik itu bagaimana sebenarnya?
Baik itu adalah apabila kita mula kembali kepada ajaran agama Allah S.W.T. Jika tidak bertudung, sudah mula mahu bertudung. Jika tidak solat, sudah mula mahu belajar solat, dan contoh-contoh lain.
Ada orang kata cukuplah aku menunaikan segala rukun yang ditetapkan.
Jawapan saya, tidak cukup baik.
Kerana anda masih tidak menunaikan hak sesama muslim.
Apa itu hak sesama muslim?
Yakni mencegah kemungkaran dan menyeru ke arah kebaikan.
Jika baik, biarlah baik yang sepenuhnya, bukan baik separuh, jahat separuh.
Bagaimana pula boleh separuh?
Seperti cerita Robin Hood. Hero itu baik, tolong orang-orang miskin yang ditindas. Tetapi jahat juga kerana dia mencuri. Tidak ke lagi bagus si Robin Hood berniaga, kemudian menjadi orang kaya dan menolong orang miskin. Selain itu boleh menjadi ahli politik, kelar dasar orang kaya yang suka menindas. Itu lebih elok dari dia pergi mencuri dan merompak.
Jadi, bagaimana anda yang punya potensi untuk menjadi baik?
Selama ini anda suka melayari web Islam atau blog seperti iluvislam.com, halaqah.net, saifulislam.com, langitilahi.com dan sebagainya.
Selama ini anda menonton cerita berunsur Islam seperti Ketika Cinta Bertasbih, Semanis Kurma, al-Kuliyyah dan sebagainya.
Selama ini anda mendengar nasyid seperti Maher Zain, Raihan.
Selama ini anda membaca majalah dan novel seperti Solusi.
Selama ini anda sering menghantar post di facebook mengenai hadis dan sebagainya.
Bukankah itu adalah potensi?
Dan potensi itu digerakkan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna itu adalah petunjuk untuk anda berubah menjadi baik.
Anda tidak perasankah selama ini?
“Suhana, kamu dengar radio apa tu? Lagu-lagu nasyid kat situ semua bestlah.” Tanya rakan sekerja saya.
“Oh, radio online. Nasyid.fm, lagu-lagu kat sini memang semua best. Jarang dapat dengar dekat ikim,” ujar saya.
“Itulah selalu pasang ikim.fm kalau dalam kereta. Tapi tak ada pula lagu best macam ni.”
Saya terdiam.
Bagusnya, perwatakan rakan sekerja saya ini bolehlah dikatakan lelaki lembut, suka bersolek. Tetapi dia ada potensi itu.
Potensi untuk menjadi baik.
Maka jangan kita memandang orang itu dengan pandangan negatif.
Cukup baikkah kita untuk menilai dan menghukum seseorang?
Anda sentiasa mahu menghukum dan mengkritik, tetapi anda pernahkah mendoakan orang-orang yang dikritik itu menjadi baik?
Justeru, keluarkan potensi yang ada itu. Jangan biarkan ia statik tanpa dialirkan. Kita boleh menjadi lebih baik jika membina potensi baik itu dengan semaksima mungkin.
Jika mahu jadi baik, lakukan dengan kesungguhan. Jangan takut untuk menjadi baik. Cerahkan pemikiran anda bahawa baik itu disukai Allah S.W.T, kita suka jika Allah S.W.T suka bukan?
Jangan sia-siakan petunjuk yang Allah S.W.T beri. Takut nanti Allah S.W.T tidak memberi lagi. Jika berlaku begitu, bukankah kita yang rugi?
Mari kita sama-sama menjadi baik yang sepenuhnya. Berubah jadi baik..
berubah jadi baik
Benarlah kata Nabi S.A.W.:-
“Sesiapa yang Allah S.W.T kehendaki kebaikan padanya, akan diberi kefahaman di dalam Agama.” 
(Hadis riwayat Ahmad di dalam Kitab Min Musnad Bani Hashim)

Wednesday, November 23, 2011

SOALN BUAT HAWA

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ¨¯`♥ Satu Soalan Buat HAWA, Satu Jawapan Dari ADAM ♥¨¯`Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
✖ Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

✖ Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

✖ Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras pinggang. baju lengan pendek. stylo.

✖ Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOWWW.

****************************************************

✿ Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang kalian nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

✿ Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

✿ Satu soalan buat hawa, apa tujuan kalian berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

✿ Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup kalian akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan kalian seorang yang up-to-date?

✿ Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan kalian? akan menjadikan kalian hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

✿ Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?

Baca ni ;

✔ Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

✔ Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

✔ Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

✔ Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan...jadi bersederhanalah!~

✔ "Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT..wallahua'lam..

~~>Duhai Muslimah,tutuplah auratmu..peliharalah maruahmu!!jagalah agamamu..Wanita dambaan syurga tidak akan sekali2 menjadikan dirinya "MURAH" dimata dunia kerana dia hanya ingin sentiasa tampak cantik di mata Allah azza wajalla..syariatnya dipelihara,kerana jannah itu pilihannya..renung2kan..=)
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.

AKU SEORANG MUSLIMAH

❤¸¸.•* KERANA AKU SEORANG MUSLIMAH *•.¸¸¸❤

❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫

★ღ★ Kerana aku seorang muslimah..aku bersyukur apa adanya aku..aku belajar menerima takdirNya buatku..aku disini kerana chentaNya buatku..walau dicaci dihina,aku takkan terus tunduk..

★ღ★ Aku bukan muslimah yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan muslimah yang begitu. Lembik. Lemah!

★ღ★ Aku bukan muslimah lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan muslimah yang penakut dan pengecut! Aku bukan muslimah yang mudah kalah terhadap cabaran!

★ღ★ Aku mahu menjadi muslimah yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku muslimah yang mampu berpijak atas kaki sendiri.

★ღ★ Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku muslimah yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup Allah yang Maha Esa..

❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫

Syaitan Sentiasa Memperdaya Kita

                
Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

Dunia Renungan : Antara Lelaki Dan Wanita

LELAKI
*********
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN!!

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !!!

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosayang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah olehAllah SWT.

WANITA
**********
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya.

7. Talak terletak di tangan suami bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkan kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak dibiar bersepah bukan? Itulahbandingannya dgn seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepadaibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milikperibadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelakimenerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dananak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap
saat dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Diakhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :

*isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :

*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pinta syurga yang disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja :

*sembahyang 5 waktu
*puasa di bulan ramadhan
*taat suaminya
*menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.

by ZueDean AscLane
<.> Sharing is Caring 
Begitu saja aku dengari suatu ayat-ayat Al Quran yang membuatkan aku tersentak! “Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya. Dan Allah maha Luas (Pemberiannya), lagi Maha Mengetahui." (QS Annur :32) Merupakan suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita. Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita. Andai kita belum yakin dengan ayat Allah SWT perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud: “Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga) “ (Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus. Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.” (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur. Abu Bakar As Siddiq pernah berkata “ Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan." Allah telah berfirman: “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.” (QS Annur:32) Apa lagi alasan mereka yang telah diberi kesihatan tubuh badan, keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai tuhan (ialah) untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka yang beriman.Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan. Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata : ”Rasullulah saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang." (Sahih Muslim) Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda, “Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi) Ibnu Ma’ud pernah mengatakan, "Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang." Sahabat-sahabat sekalian, seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini, maka apa lagi yang dinanti, berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah. Kerana hadith yang menyuruh bernikah berbunyi: Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya: "Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman ra bertanya, wahai abu abdul rahman; mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah." Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab; "Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami: "Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu." (Hadith riwayat Muslim) Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya,serahkanlah semuanya pada Allah. Dialah yang memberi rezeki. Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu, seandainya dia terus membiarkan dirinya saja, tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU. Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati, namun hasilnya tetap ditahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya. Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya, "Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” . Jawab sahabatnya, "Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?" Lantas disebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah. Bagaimana kalian sahabat-sahabat ku? Luruskan niatmu , jangan bernikah kerana keSERONOKan di dalamnya, jangan pula kerana orang mengatakannya BAIK atau apa sebab lain pun selain dari Aku nikah kerana ALLAH dan RASUL SURUH ! Dan carilah pernikahan yang barakah. Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya. Zaid anak angkat Nabi, kekasih nabi, panglima perang, manakala Zainab, ummul mukminin, satu figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkinkah lagi keimanan mereka diragukan. Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada Allah SWT. Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup, banyaknya harta, indahnya pasangan dan sebagainya. Bahagia itu terletak pada, firman Allah S.W.T : “ Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21) ~ Copy this artikel from iluvislam...

Sunday, November 20, 2011

AuRaT

Bismillahirrahmaanirrahiim.


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/246636_189311694452104_113886428661298_454027_1316819_n.jpg

Pengertian Aurat

Aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban dan dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Dalam Islam terdapat beberapa keadaan atau situasi di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu saja.

Hukum Menutup Aurat

Hukum menutup aurat adalah WAJIB, ia sebagaimana difirmankan oleh Allah s.w.t dalam Surah al-Ahzab ayat 33 :

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأولَى وَأَقِمْنَ الصَّلاةَ وآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

Dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu – Wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji). (Surah al-Ahzab : ayat 33)

Bersandar ayat di atas maka jelaslah bahawa hukum menutup aurat adalah wajib dan tiada alasan untuk tidak melaksanakan ia.

Dengan menutup aurat maka ia mudah dikenali sebagai seorang muslim dan mukmin. Bagi wanita pula ia dapat mengelakkan daripada golongan yang ingin mengambil kesempatan , mengelakkan timbulnya fitnah ke atas dirinya dan mengelakkan diri dari merangsang nafsu lelaki serta fahami sebab lelaki gemar melihat tubuh badan wanita.

Ia juga sebagaimana difirmankan oleh Allah s.w.t dalam Surah al-Ahzab ayat 59 :

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Ahzab : ayat 59)

Asas Aurat

Islam telah menetapkan garis panduan aurat bagi lelaki dan wanita. Aurat asas bagi lelaki adalah dengan menutup antara pusat dengan lutut , manakala aurat asas bagi wanita pula adalah dengan menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan ketika bersama sesiapa pun adalah sama iaitu perlu menutup antara lutut dengan pusat. Namun lelaki wajib menjaga auratnya dan menundukkan pandangannya dari melihat aurat wanita ia sebagaimana difirmankan oleh Allah s.w.t dalam Surah An Nuur  ayat 30 :

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. (Surah An Nuur : Ayat 30)

Namun bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :

1. Aurat Ketika Sembahyang – Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Aurat Ketika Sendirian – Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahram – Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun pada mahram sendiri dan digalakkan memakai pakaian yang lengkap dan labuh untuk menjaga tatasusila dan mengelakkan sumbang mahram berlaku.

4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram – Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku fitnah dan perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan nafsu para lelaki terangsang akibat dari penglihatan mereka terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka. Wanita yang bersuami pula, ianya turut wajib menutup aurat yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.

5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir – Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : ” Tidak halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani”.

6. Aurat Ketika Bersama Suami – Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya. Ini bermaksud suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya , ia bersandarkan hadith :

Mu’awiyah bin Haidah mengatakan : “Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?”. Baginda menjawab :”Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu”. Aku bertanya lagi :” Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? ” Baginda menjawab : “Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu”. Aku masih bertanya lagi: ” Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?” Baginda menjawab : ” Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Aurat dan Mahram

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan ketika bersama sesiapa pun adalah sama iaitu perlu menutup antara lutut dengan pusat dan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita pula iaitu :

1.Suami

2.Ayah, termasuk datuk sebelah ibu dan bapa

3.Ayah mertua

4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan

5. Anak-anak suami.Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.

6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa

7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya

8. Anak saudara dari saudara perempuan

9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama

10. Hamba sahaya

11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat

12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

Perkara ini telah di jelaskan di dalam al Quran melalui Surah An Nuur ayat 31 :

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah An Nuur : Ayat 31)

Perhiasan dan Aurat

Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu :

1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka , pipi , mulut , mata , bibir , hidung , kaki , betis , peha dan lain-lain anggota.

2. Perhiasan seperti pakaian , alat-alat solek , cincin , rantai leher , gelang kaki dan sebagainya.

Umat islam perlu mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian untuk memastikan benar-benar menutup aurat dan mengelakkan Tabarruj.

Pakaian Yang Menutup Aurat Dalam Islam

Garis panduan pakaian yang menutup aurat mengikut syarak seperti berikut :

1. Pakaian itu hendaklah menutup aurat.

2. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan bentuk susuk tubuh badan.

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan Rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.

Suatu hari Rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab : ” Saya telah berikan kepada isteri saya”. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah : “Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)”.

3. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.

Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

4. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya kerana bentuk hiasan akan menarik lelaki melihat ke arah pakaian tersebut dan ke arah tubuh badan tersebut.

5. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki. Pakaian menunjukkan perbezaan jantina antara lelaki dan wanita dan untuk mengelakkan fitnah ke atas si pemakai. Pakaian juga suatu proses pembentukan fikrah ke atas pemakai maka penjagaan dan pengasingan jenis pakaian mengikut jantina juga perlu.

6. Tidak memakai wangian yang sehingga ia mampu dihidu oleh orang lain (bau yang agak kuat). Wangian mampu menarik perhatian lelaki terhadap wanita dan mampu merangsang sedikit nafsu ke atas wanita.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : “Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”.

7. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik. Pakaian juga membezakan seseorang dilihat secara luaran dari segi agamanya , maka seseorang yang beragama Islam dilarang memakai pakaian orang kafir atau musyrik dan dilarang memakai pakaian yang menyerupai pakaian orang kafir dan musyrik supaya seseorang yang beragama Islam dilihat secara luarannya daripada pakaiannya bahawa menunjukkan ia adalah beragama Islam

Kesimpulannya adalah setiap lelaki dan wanita yang beragama Islam wajib menutup aurat mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam yang bersandarkan al Quran dan Hadith. Islam bukanlah agama yang jumud menghalang umatnya dari berfesyen namun Islam tidak membenarkan umatnya dari berfesyen yang di mana fesyen tersebut melanggar batas-batas ketetapan dalam menutup aurat dan ia juga adalah untuk memelihara lelaki dan wanita Islam dari unsur maksiat dan unsur fitnah seperti diekplotasi dalam dunia pergambaran dan fesyen.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/38367_113886498661291_113886428661298_90838_6301974_n.jpg
# Kadang2 susah kan kita nak istiqamah dalam menutup aurat,tambah2 lagi apabila kat rumah,itulah keadaan yang aku hadapi, kadang2 aku tidak istiqamah, terasa diri ini banyak kekurangannya, aku ingin terus barada dalam limpah hidayah Allah, Ya Allah, jangan Kau bolak-balikkan hati ini setelah Kau beri hidayah, sesungguhnya perkara yang paling aku takut adalah itu  Ya Allah, insan ini tidak cukup KUAT lagi menepis godaan dunia, berikanlah kekuatan supaya diri ini KUAT, KUAT dalam berjihad ke jalan Mu Ya Allah....Doaku pada Allah moga diberi kekuatan dalam memenuhi syariat Ad- Din yang sbenar2nya..  Amin...

~ Doa Untuk Emak Dan Abah ~

YA ALLAH..
Ampunilah dosa kedua ibu bapa hamba..
Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi hamba sewaktu kecil..
Rendahkanlah suara hamba bagi mereka,
Perindahkanlah ucapan hamba di depan mereka,
Lunakkanlah watak hamba terhadap mereka dan
Lembutkan hati hamba untuk mereka..

YA ALLAH,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
Atas didikan mereka pada hamba dan pahala yang besar
atas kasih sayang yang mereka limpahkan pada hamba,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara hamba..
Kuatkanlah juga keimanan mereka..
Berikanlah kesihatan yang baik untuk mereka..
Dan sampaikanlah mereka kepadaMu dengan sempurna..

YA ALLAH,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana hamba,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatan hamba,
jadikanlah itu semua penyebab terhapusnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenanMu Ya Allah..,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda..

YA ALLAH,
Bila magfirahMU telah mencapai mereka sebelum hamba,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untuk hamba
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah hamba memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunanMU
di tempat kediaman yang dinaungi kemuliaanMU,
ampunanMU serta rahmatMU..

YA ALLAH
Sampaikanlah doa ini juga untuk adik-beradik hamba
Moga kami menjadi penyejuk hati dan mata keduanya
Moga kami teguh berbakti pada keduanya..
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tidak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih..

Aamiin Aamiin Ya Rabbal A’lamiin.

SOAL HATI

“Jika rosak seketul daging itu, maka rosaklah keseluruhannya,
jika baik seketul daging itu, maka baiklah keseluruhannya, itulah hati ”

Jarang sekali kita nak lihat seketul daging yang ada dalam diri setiap manusia iaitu maksiat hati (maksiat batin) padahal ia merupakan salah satu maksiat yang amat besar menguasai diri. Hati melibatkan pengaruh yang besar dalam diri setiap individu.

Sebab itulah sekiranya hati telah menguasai diri, akal tidak dapat membantu seseorang itu untuk berfikir dengan waras. Hati juga berhubungkait dengan keseluruhan sistem dalam tubuh manusia. Maksiat hati boleh menggangu kecerdasan akal, ketenagan hati dan perasaan serta menjadi punca kepada penyakit rohani.

Apa itu maksiat hati?

Maksiat hati merupakan gerak hati yang negatif bertentangan dengan perintah Allah. Dalam erti kata lain ia adalah suatu lintasan yang didorong oleh hawa nafsu samada dari segi pertuturan atau perbuatan yang akan merosakkan dan merugikan diri orang berkenaan.


Antara perkara-perkara yang tergolong di dalam maksiat hati :-

• Hasad dengki : iri hati dan rasa tidak senang melihat kejayaan,
kemuliaan, sanjungan dan sebagainya.
• Riak : menunjuk-nunjuk kelebihan diri sendiri kepada orang lain
untuk mendapatkan perhatian.
• Takbur : sifat sombing dan berlagak.
• Ujub : bangga diri
• Cintakan harta
• Tamak
• Mudah suka dan cinta pada seseorang berlandaskan nafsu

Pelbagai garis panduan yang telah diberikan bagi menghindarkan diri dari terus bergelumang dengan maksiat hati.

• Sentiasa sedar akan kelemahan dan kekurangan diri sendiri
• Takut akan azab diakhirat kelak
• Banyakkan beristigfar dan bersabar. Insya Allah kita dapat lalui
sesuatu perkara tu dengan tenang
• Menghindarkan diri dari faktor yang membawa kepada berlakunya maksiat hati
• Melakukan amal ikhlas kerana Allah
• Bersikap rendah diri, redha dan sentiasa bersyukur

Thursday, November 17, 2011

HIDUP SEORANG HAMBA ALLAH

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.

Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.

Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
.. . Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.

Tanya balik diri sendiri... adakah cukup bekalan yang akan mengiringi pergi nanti??
Ya Allah berikan lah petunjuk kepada kami agar kami tidak sesat buat selama2nya!!

D.I.A.M

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

maka..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM…
Ya Allah.
Bimbinglah aku dari bisikan syaitan yang sentiasa
mahu merosakkan diriku sendiri.
Bimbinglah aku dari hasutan yang memusnahkan segala
amal baikku selama ini.
Bimbinglah aku dari hasutan yang mahu memecahbelahkan kami.
Lindungilah aku dari bisikan yang mahu menghancurkan diriku ini.
Lindungilah aku dan rakan2ku dari bisikan yang mahu
menghancurkan silaturrahim ini.
Lindungilah aku dan sahabat2ku dari perpecahan dan
buruk sangka di kalangan kami.

Nikmatmu terlalu besar tetapi terlalu sedikit syukurku.
Kurniaanmu terlalu banyak tetapi terlalu banyak pula keluhanku.
AnugerahMu tak terkira tetapi terlalu sedikit amalanku.
PemberianMu tak terhitung, tetapi terlalu banyak resahku.
Semakin banyak yang Engkau berikan, semakin banyak pula dosa2ku.
Semakin banyak yang Engkau kurniakan,
semakin banyak pula kejahatanku.
Semakin besar yang Engkau berikan, semakin
banyak pula kekufuranku atas nikmat2Mu.

Jadilah aku orang yang sentiasa melihat keburukan diriku sendiri.
Jadilah aku orang yang sentiasa muhasabah diriku sendiri.
Jadilah aku orang yang sentiasa menilai diriku sendiri.
Jadilah aku orang yang sentiasa merasa malu dengan diriku sendiri.
Jadilah aku orang yang bersyukur atas segala nikmat2Mu.
Jadilah aku orang yang sentiasa hampir dan dekat denganMu.
Jadilah aku orang yang merasa manis apabila beribadah kepadaMu.

Ampunkanlah dosa2 ku yang tidak terkira banyaknya.
Ampunkanlah segala kelalaianku.
Bukalan ruang dan lorong keampunan untukku.
Naungilah aku dengan rahmat kasih sayang dalam kebahagiaan.
Tinggikan ilmuku dalam kemuliaan.
Tingkatkan darjatku dalam keimanan.
Murahkanlah rezekiku dalam keberkatan.

Indahnya Taubat...

Allah SWT mencintai pemuda yang bertaubat...

Di dalam sebuah hadis Qudsi, Allah SWT telah berfirman:-
Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia yang lainnya:-

~“Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi kepada orang miskin yang pemurah”;...

~“Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati/diri”;...

~“Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat”....

=Huraian ringkas:-Orang kaya mudah memperolehi wang yang banyak dan menjadi kebiasaan bagi si kaya bersedekah dan bermurah hati. Berbeza dengan orang miskin terpaksa berhempas pulas dan mebanting tulang untuk mendapatkannya tetapi jika si miskin itu pemurah maka Allah lebih mencintainya...

=Orang muda mudah terdorong untuk mengikuti hawa nafsu, jika dilihat sekarang ini jarang dilihat orang-orang muda memiliki ketekunan beribadah dan beramal soleh.
Inilah sebabnya Allah menyintai orang muda yang bertaubat kerana jikalau orang tua yang bertaubat, memang sepatunya dia berbuat demikian...

=Janganlah kita menjadi hamba-hamba yang sombong, bongkak dan ego kerana kita hanyalah makhluk yang dijadikan oleh Allah agar beribadat kepadaNYa yang mana akhirnya kepadaNya jualah kita akan kembali dan akan diperhitungkan nasib dan amalan kita...

Katakanlah Dalam Wudhumu...

Ya Allah…
Sucikanlah hatiku daripada sebarang dosa
Dosa-dosa yang bisa melalaikan diriku
Dari terus mengingatimu
Ampunilah dosaku Ya Allah

Ya Allah…
Sucikanlah setiap perkataanku
Dari mengatakan sesuatu yang kau cegah
Dan latihkanlah lidahku
Untuk terus menyebut namamu
Agar diriku terus mengingatimu

Ya Allah…
Masukkanlah aku dalam golongan-golongan
Mereka yang menghidu wangian syurga
Sesungguhnya setiap insan menginginkan syurgaMu

Ya Allah…
Lindungilah aku dari melihat maksiat
Yang bisa meruntuhkan akhlakku
Sebagai seorang muslim sejati
Dan sucikanlah wajahku dari pandagan keji manusia
Agar aku terus dalam keimananMu

Ya Allah…
Peliharalah kedua tanganku dari menyentuh
Najis maksiat
Sesungguhnya Engkau murka terhadap
Insan yang menyentuh maksiat

Ya Allah…
Sucikanlah fikiranku dari segala kekotoran
Yang bisa merosak keimananku
Agar diriku tidak terjerumus dalam lembah kehinaan

Ya Allah…
Lindungilah kedua telinggaku
Dari mendengar perkara-perkara maksiat
Agar hati suciku terjaga dari kemungkaran

Ya Allah…
Kaki adalah berperanan
Mengerakkan tubuh badanku
Maka dengan itu lindungilah kakiku
Dari melangkah kea rah kemaksiatan yang durjana
Agar terpancarnya terus sinar keimanan terhadapku

Ya Allah…
Hanya padaMu kubermohon
Kerna hanya Engkaulah tuhan yang Satu
Pencipta sekalian alam
Maka dengan sesungguhnya
Kabulkanlah doa ummat Mu ini
Amin Yarobbal Alamin

KiSaH SoLaT



‎~*.. Kisah ular hitam menunggu mayat ..*~

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.

Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur.

Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).

Subhanallah … keadaan ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .

Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.

Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu.

MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur).

Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu …

Subhanallah. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya.

*Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah..

~*> INI BARU SEKSAAN DI DUNIA AKIBAT MELEWATKAN SOLAT….BAGAIMANA KALAU TAK SOLAT ??! naudzubillah...(u_u)"
‎~ same2lah kite berMUHASABAH ~

Wednesday, November 16, 2011

KaSiH SaYaNg




Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
...
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

S.A.H.A.B.A.T





Adab2 Dengan Sahabat:

Sabda Rasulullah S.A.W.,
"Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya. Oleh kerana itu hendaklah seseorang daripada kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat." (hadis riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Baihaqi)

Apabila mahu bersahabat maka terlebih dahulu melihat 2 perkara:
a) Cara memilih sahabat
b) Cara menunaikan hak2 persahabatan

a) Cara memilih sahabat:
1. Orang yang berakal
2. Orang yang baik akhlaknya
3. Orang yang soleh
4. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia
5. Orang yang benar

b) Cara menunaikan hak2 persahabatan:1. Mengenali hak persahabatan
Nabi S.A.W. pernah masuk ke dalam hutan lalu baginda mengambil dua bilah kayu miswak yang satu bengkok dan yang satu lagi lurus. Bersama baginda pada ketika itu beberapa orang daripada sahabatnya. Kemudian lalu Nabi S.A. W. memberikan kepada salah seorang sahabat tersebut kayu miswak yang lurus dan beliau menahan kayu miswak yang bengkok untuk kegunaan diri baginda. Maka sahabat itu bertanya: "Ya Rasulullah, sebenarnya engkau lebih berhak untuk mengambil kayu miswak yang lurus ini daripadaku."Lalu baginda menjawab:

"Tidak ada seorang jua pun yang bersahabat dengan orang lain walaupun hanya satu saat sahaja, kecuali dia akan ditanya pada hari kiam
at nanti tentang hak persahabatannya, apakah dia telah tunaikan padanya hak Allah atau tidak."

Rasulullah S.A.W. bersabda lagi:

"Tidak bersahabat dua orang yang bersahabat kecuali yang lebih dicintai di sisi Allah ialah orang yang lebih lemah lembut dengan sahabatnya."


2. Adab2 bersahabat, antaranya:


@ Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jikalau tidak mampu, maka sekurang -kurangnya hendaklah dia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.
@ Menolong sahabat dengan diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum sahabatnya meminta tolong.
@ Menyembunyikan rahsia sahabatnya.
@ Menutup keaiban sahabatnya.
@ Berdiam daripada menyampaikan perkataan orang lain yang mencela sahabatnya.
@ Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji akan sahabatnya.
@ Mendengarkan dengan baik akan perkataan sahabatnya ketia dia bercakap.
@ Meninggalkan berbantah dengan sahabatnya.
@ Memanggil sahabat dengan nama yang disukainya.
@ Berterima kasih kepada sahabatnya atas segala kebaikan.
@ Memberi nasihat dengan cara yang lemah-lembut dan bahasa yang halus.
@ Memaafkannya daripada sebarang kesilapan.
@ Mendoakan sahabatnya.


Saidina 'Alqamah berwasiat kepada anaknya ketika hendak meninggal dunia,


Wahai anakku! Apabila engkau mahu bersahabat dengan seseorang, maka bersahabatlah dengan orang yang;
1-Apabila engkau berkhidmat kepadanya, dia akan memeliharamu.
2-Apabila engkau bersahabat dengannya, maka akan bertambah nilai dirimu.
3-Apabila engkau ditimpa kesusahan, dia akan turut menanggung kesusahanmu.
4-Apabila engkau menolongnya, nescaya dia akan membalas kebaikanmu.
5-Apabila dia melihat kebaikan daripadamu, dia akan menghargainya.
6-Apabila dia melihat pada dirimu akan kejahatan, dia akan menutupnya (dengan teguran)
7-Apabila engkau berkata, dia akan membenarkan.
8-Apabila engkau mengusahakan sesuatu, dia akan menolongmu.

Berkata pula Saidina Ali bin Abi Talib R.A.;

"Saudaramu yang sebenarnya ialah orang yang selalu menolongmu (di waktu senang dan susah) dan dia sanggup berkorban kerana memberi manfaat kepadamu, dan dia sanggup memecahkan segala urusannya kerana menolong engkau dalam menghadapi bala dan ujian.
"
Wallahua'lam..