Dunia Renungan : Antara Lelaki Dan Wanita
LELAKI
*********
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN!!
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena
bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan
tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya
ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !!!
4. Suami kena bagi
nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri
boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih
lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. Banyak lagi lelaki
lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak
dibayangkan beratnya dosa-dosayang ditanggungnya seperti gunung dengan
semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah olehAllah
SWT.
WANITA
**********
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya.
7. Talak terletak di tangan suami bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkan kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga
dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah
pasti intan permata tidak dibiar bersepah bukan? Itulahbandingannya dgn
seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki
wajib taat kepadaibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu
adalah seorang wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi
harta itu menjadi milikperibadinya dan tidak perlu diserahkan kepada
suaminya, manakala lelakimenerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk
menyara isteri dananak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap
saat dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan
matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya
diampun ALLAH (dosa kecil).
Diakhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :
*isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :
*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara lelakinya
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pinta syurga yang disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja :
*sembahyang 5 waktu
*puasa di bulan ramadhan
*taat suaminya
*menjaga kehormatannya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.
by ZueDean AscLane
<.> Sharing is Caring
No comments:
Post a Comment