Wednesday, November 23, 2011
Begitu saja aku dengari suatu ayat-ayat Al Quran yang membuatkan aku
tersentak! “Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di
kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba
sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan
memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.
Dan Allah maha Luas (Pemberiannya), lagi Maha Mengetahui." (QS Annur
:32) Merupakan suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang
yang masih bujang di kalangan kita. Bahkan seandainya kita termasuk
golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan
memampukan kita. Andai kita belum yakin dengan ayat Allah SWT perkataan
apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap
sesuatu? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud: “Carilah oleh
kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga) “ (Hadith
riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus. Dari Abu Hurairah r.a
Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan
oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah
swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang
menikah demi menjaga kehormatan dirinya.” (Hadith riwayat Thabrani)
dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur. Abu Bakar As
Siddiq pernah berkata “ Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang
diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan
janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan." Allah telah berfirman: “Jika mereka
miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.”
(QS Annur:32) Apa lagi alasan mereka yang telah diberi kesihatan tubuh
badan, keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah
sebagai tuhan (ialah) untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah
sebagai jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada
mereka yang beriman.Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai
kehinaan. Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :
”Rasullulah saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya
baginda merestuinya,pasti kami akan membujang." (Sahih Muslim) Sabda
baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda, “Barangsiapa
mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak
segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan
dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi) Ibnu Ma’ud
pernah mengatakan, "Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku
,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam
keadaan masih bujang." Sahabat-sahabat sekalian, seandainya mahu
merenung akan hadith-hadith ini, maka apa lagi yang dinanti, berusahalah
sedaya upaya kita untuk menikah. Kerana hadith yang menyuruh bernikah
berbunyi: Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra
katanya: "Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian
menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman ra
bertanya, wahai abu abdul rahman; mahukah aku jodohkan kamu dengan
seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat
mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah." Mendengar tawaran itu
Abdullah ra menjawab; "Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan
apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami: "Wahai
golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan
iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,
sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga
kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa
kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu." (Hadith riwayat
Muslim) Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya,serahkanlah
semuanya pada Allah. Dialah yang memberi rezeki. Bukanlah orang itu
termasuk dalam golongan tidak mampu, seandainya dia terus membiarkan
dirinya saja, tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya
lalu dia menjawab TIDAK MAMPU. Akan tetapi seorang yang tidak mampu
adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati, namun hasilnya tetap
ditahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya. Seorang saudara
mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya, "Saya rasa
masih tidak kuat lagi untuk menikah” . Jawab sahabatnya, "Justeru
kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan
nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?" Lantas disebabkan iman
kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah. Bagaimana kalian
sahabat-sahabat ku? Luruskan niatmu , jangan bernikah kerana keSERONOKan
di dalamnya, jangan pula kerana orang mengatakannya BAIK atau apa sebab
lain pun selain dari Aku nikah kerana ALLAH dan RASUL SURUH ! Dan
carilah pernikahan yang barakah. Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah
yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya. Zaid anak angkat
Nabi, kekasih nabi, panglima perang, manakala Zainab, ummul mukminin,
satu figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkinkah
lagi keimanan mereka diragukan. Lantas sahabat semua serahkan segalanya
pada Allah SWT. Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup, banyaknya
harta, indahnya pasangan dan sebagainya. Bahagia itu terletak pada,
firman Allah S.W.T : “ Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ilah
Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu
cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa
kasih dan sayang”. (QS anRuum:21) ~ Copy this artikel from iluvislam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment