بسم الله الرحمن الرحيم Pictures, Images and Photos

Sunday, November 27, 2011

SaLaM MaaL HiJraH

             Salam maal hijrah kepada semua umat Islam di seluruh dunia,alhamdulillah bersyukur kita kepada Ilahi kerana dengan limpah inayah-Nya kita masih lagi dpt bersama-sama meneruskan liku-liku hidup kita sebagai hamba Allah, segala puji-pujian kepada  Allah s.w.t dan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini barulah insan ini dapat menaip sedikit dalam blog yang serba kekurangan ini,mudah-mudahan apa yg dkongsi dapat menjadi manfaat kita bersama dan yang jika ada yang tidak kena mohon diteguri. Insan ini mohon maaf jika ada melakukan khilaf sama ada disedari atau tanpa disedari. Hidup kita  sebagai hamba Allah perlu saling diiigatkan dan memperingatkan kerana kita ini sering alpa dan lalai tanpa PERINGATAN.
               

LIRIK MAAL HIJRAH 
Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi Dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah

Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta Dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman

 


SALAM sahabat sume..


Hijrah yg dituntut oleh Rasulullah SAW ialah hijrah dari DOSA kpd mencari PAHALA,
dari alam KEJAHILAN kpd alam KEILMUAN,
dari alam KEMAKSIATAN kpd alam KEMAKRUFAN,
alam KEINGKARAN kpd alam KETUNDUKAN,
alam KEPIMPINAN yg JAHIL kpd alam KEPIMPINAN yg MENDAULATKAN ISLAM...
Itulah HIJRAH yg dilakukan oleh Rasulullah... Secara total Baginda dan sahabat meninggalkan Mekah yg tidak subur buminya utk kebangkitan dakwah dan kemenangan Islam....
LAKUKAN PILIHANRAYA SETIAP HARI PADA DIRI KITA..NAK PILIH YANG MANA??????


 Copy dpd Perkongsianku `~dalam  usaha mencintai Allah


Assalamualaikum dan Salam Ma'al Hijrah.


Dikesempatan ini saya ingin menyatakan cara-cara
untuk kita MUHASABAH diri kita.Antaranya ialah:

*Biasakanlah diri melakukan kebaikan dan
kebajikan.

*Sedarilah bahawa keinginan untuk melakukan
kejahatan adalah hasutan syaitan dan dorongan
hawa nafsu.

*Selalu bersama di dalam majlis orang yang
melakukan kebaikan seperti majlis ilmu,gotong
royong dan sebagainya.

*Pupuklah kebiasaan yang baik seperti sifat
ikhlas,sabar,amanah dan seumpamanya sejak dari
kecil.

*Jangan menangguh-nangguhkan untuk
melakukan sesuatu kebaikan dan jangan pula
menangguh-nangguhkan untuk meninggalkan
sesuatu kejahatan.

*Belajar berfikir sebelum melakukan
sesuatu.Memikirkan apakah akibatnya.

*Pilihlah kawan yang baik supaya kita boleh
mencontohinya.Jangan memilih kawan yang jahat
takut hilang kebencian kita kepada maksiat.

*Carilah masyarakat yang baik untuk membina
kehidupan supaya kita sentiasa dikelilingi dengan
kebaikan.

# Sedap dan syahdu kan lagu maal hijrah ini,terimbau kembali ketika di zaman budak sekolah rendah dulu, masuk nasyid nyanyi lagu ni

No comments:

Post a Comment