Indahnya Taubat...
Allah SWT mencintai pemuda yang bertaubat...
Di dalam sebuah hadis Qudsi, Allah SWT telah berfirman:-
Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia yang lainnya:-
~“Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi kepada orang miskin yang pemurah”;...
~“Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati/diri”;...
~“Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat”....
=Huraian ringkas:-Orang kaya mudah memperolehi wang yang banyak dan
menjadi kebiasaan bagi si kaya bersedekah dan bermurah hati. Berbeza
dengan orang miskin terpaksa berhempas pulas dan mebanting tulang untuk
mendapatkannya tetapi jika si miskin itu pemurah maka Allah lebih
mencintainya...
=Orang muda mudah terdorong untuk mengikuti
hawa nafsu, jika dilihat sekarang ini jarang dilihat orang-orang muda
memiliki ketekunan beribadah dan beramal soleh.
Inilah sebabnya
Allah menyintai orang muda yang bertaubat kerana jikalau orang tua yang
bertaubat, memang sepatunya dia berbuat demikian...
=Janganlah
kita menjadi hamba-hamba yang sombong, bongkak dan ego kerana kita
hanyalah makhluk yang dijadikan oleh Allah agar beribadat kepadaNYa yang
mana akhirnya kepadaNya jualah kita akan kembali dan akan
diperhitungkan nasib dan amalan kita...
No comments:
Post a Comment