بسم الله الرحمن الرحيم Pictures, Images and Photos

Sunday, November 20, 2011

SOAL HATI

“Jika rosak seketul daging itu, maka rosaklah keseluruhannya,
jika baik seketul daging itu, maka baiklah keseluruhannya, itulah hati ”

Jarang sekali kita nak lihat seketul daging yang ada dalam diri setiap manusia iaitu maksiat hati (maksiat batin) padahal ia merupakan salah satu maksiat yang amat besar menguasai diri. Hati melibatkan pengaruh yang besar dalam diri setiap individu.

Sebab itulah sekiranya hati telah menguasai diri, akal tidak dapat membantu seseorang itu untuk berfikir dengan waras. Hati juga berhubungkait dengan keseluruhan sistem dalam tubuh manusia. Maksiat hati boleh menggangu kecerdasan akal, ketenagan hati dan perasaan serta menjadi punca kepada penyakit rohani.

Apa itu maksiat hati?

Maksiat hati merupakan gerak hati yang negatif bertentangan dengan perintah Allah. Dalam erti kata lain ia adalah suatu lintasan yang didorong oleh hawa nafsu samada dari segi pertuturan atau perbuatan yang akan merosakkan dan merugikan diri orang berkenaan.


Antara perkara-perkara yang tergolong di dalam maksiat hati :-

• Hasad dengki : iri hati dan rasa tidak senang melihat kejayaan,
kemuliaan, sanjungan dan sebagainya.
• Riak : menunjuk-nunjuk kelebihan diri sendiri kepada orang lain
untuk mendapatkan perhatian.
• Takbur : sifat sombing dan berlagak.
• Ujub : bangga diri
• Cintakan harta
• Tamak
• Mudah suka dan cinta pada seseorang berlandaskan nafsu

Pelbagai garis panduan yang telah diberikan bagi menghindarkan diri dari terus bergelumang dengan maksiat hati.

• Sentiasa sedar akan kelemahan dan kekurangan diri sendiri
• Takut akan azab diakhirat kelak
• Banyakkan beristigfar dan bersabar. Insya Allah kita dapat lalui
sesuatu perkara tu dengan tenang
• Menghindarkan diri dari faktor yang membawa kepada berlakunya maksiat hati
• Melakukan amal ikhlas kerana Allah
• Bersikap rendah diri, redha dan sentiasa bersyukur

No comments:

Post a Comment