Aisyah benar-benar keliru dengan
sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya
terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu
itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat
mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.
Masih segar lagi diingatannya
sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap
kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama
mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun
kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya
dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji
manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan
terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi
hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung
hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.
Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah
bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam
sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg
berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur
katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu
Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk
mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya
hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula
mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh
daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih
terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya,
kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi
pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar
tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari,
Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala
masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq.
Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.
Saban hari, semakin ramai yg gemar
untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan
ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda
cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar,
cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini
hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan
bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan
siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.
Kini genaplah lima tahun pengajiannya
di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti.
Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung
halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah.
Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka
sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar
dengan tulisan tangan disampul surat itu. Tulisan insan yg pernah membuat
hidupnya sengsara dahulu.
Assalamulaikum,
Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim,
gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk
selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang
berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku
mahu mencari CINTA dariNya.
Mungkin dahulu aku pernah membawamu
kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar
batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian
merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam,
hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku
sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja
kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.
Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai
penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang
kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh
tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu
berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu
agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari
rezeki buat kita berdua.
Kini sudah tiba masanya untuk ku
sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan
meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku
sebagai suamimu.
Sekian, wasalam.
Yg Benar,
Tariq.
Aisyah terdiam seketika, hatinya
berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka,
insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya
seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA
kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak
sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan
nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah..
No comments:
Post a Comment