
Seperti mana yang semua orang tahu,
aurat wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung rambut hingga
hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan
dalam hadith sahih yang berbunyi:
Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, “Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)
Di zaman moden kini tak ramai yang mahu
menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak.
Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup
kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu
jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan
kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman
kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat
walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat
sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik
dan tidak akan diganggu.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab, 33:59)
Namun kerana pergelangan kaki adalah
anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah
(keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:
- Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.
- Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.
- Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.
- Darurat.
Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa
cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan
pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang
tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita
sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang
longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan
kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak.
Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah
dengan menutup aurat dengan sempurna. Jika di tempat awam kita
diwajibkan begitu, apatah lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan?
Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan
akan hal ini?
Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:
- Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
- Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
- Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.
No comments:
Post a Comment